Toll Free no: 1 800 220 662    info@sgacademy.edu.my
  • background
  • background
  • background
  • background

SELAMAT DATANG KE SG ACADEMY

PERINTIS DALAM BIDANG PENDIDIKAN!

Di peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1999, SG Education Group mengorak langkah melalui penubuhan pusat latihan kemahiran yang pertama, SG Academy. SG Academy telah meraih pencalonan sebagai Pusat Kebangsaan untuk Akreditasi Vokasional, yang merupakan salah satu daripada pusat latihan swasta pertama yang mengendalikan kursus vokasional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi di Malaysia. SG Akademi merangka dan melaksanakan pelbagai kursus khas kepada sektor korporat dan swasta, yang dianugerahkan akreditasi bertaraf antrabangsa daripada universiti-universiti terkenal di United Kingdom.

Pada hari ini, SG Education Group telah berkembang sehingga dikenali sebagai satu pertubuhan pendidikan yang popular di Malaysia, yang memiliki beberapa Pusat Latihan Kemahiran Swasta yang menawarkan pelbagai kursus latihan kemahiran yang mengikut keperluan akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Kenali Kami

VISI KAMI

Objektif utama SG Akademi adalah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara dengan membangunkan modal sumber manusia yang mahir dan berpendapatan tinggi, selaras dengan visi kami iaitu:

MENJADI KOLEJ TEVT UTAMA DI ASIA YANG MELAHIRKAN GRADUAN-GRADUAN BERKEMAHIRAN TINGGI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELBAGAI INDUSTRI

MISI KAMI

Menjalinkan kerjasama berteraskan ‘Strategi Samudera Biru’ dengan institusi pendidikan tinggi dan badan-badan industri yang utama.

Menyediakan pelan pendidikan berteraskan kemahiran yang menyeluruh bagi pelajar-pelajar sekolah menengah serta kumpulan pekerja yang kurang cenderung dalam bidang akademik. . . . Read more

Penarafan 5 Bintang

SG Education Group menyediakan salah satu prasarana latihan terbaik dan suasana pembelajaran yang kondusif di semua pusat-pusat latihan kemahirannya. Sehubungan itu, SG Academy telah dianugerahkan dengan taraf 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran pada tahun 2014. . . . . . Read more

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

PROGRAM: SIJIL / DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA